» » Najib Razak dakwa akan beri keterangan berkaitan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion "TAK LAMA LAGI"


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

SPRM hari ini berkata ia telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk menetapkan temujanji dan sedang menunggu jawapan.

Tindakan itu bagi menyelesaikan siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

“Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.

“Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin,” kata Najib dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau.

“Sememangnya menjadi hasrat saya untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.”

Najib berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion itu.

SPRM sedang menyiasat wang RM2.6 bilion itu dan dakwaan bahawa RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International berakhir ke akaun bank Najib.

Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM akan dapat menutup siasatan ke atas SRC International menjelang akhir tahun sekiranya ia mempunyai akses ke atas dua pengarah syarikat itu yang pada masa ini dilaporkan berada di luar negara.

Apandi sebelum ini berkata SPRM telah menyoal pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin.

Menurut Abu Kassim, siasatan berhubung dana RM2.6 bilion itu akan memerlukan masa kerana ia membabitkan transaksi antarabangsa, dan memerlukan bantuan undang-undang bersama agensi-agensi di luar negara.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .