Ketua Polis negara mengarahkan seorang lelaki yang memuat naik status berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebooknya dikesan untuk dikenakan tindakan.
Pemilik akaun yang menggunakan nama sebagai ‘Faisal bin Rohban’ itu memuat naik status mendakwa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur terbabit dalam beberapa kes pembunuhan.
Antara kes pembunuhan dimaksudkan pemilik akaun berkenaan ialah model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam , bekas Pengerusi Ambank Hussain Ahmad Najadi dan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya mengarahkan anggota Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) mengesan dan menahan lelaki itu.
"PCIRC@PDRMsia, kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya menerusi Twitter petang tadi.





No comments: