» » Kerisauan Najib Razak yang takut akan hilang kuasa cetuskan hilang keyakinan rakyat Malaysia pada pentadbirannya


Kegusaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kehilangan kuasanya telah menimbulkan 'keadaan jauh lebih berbahaya' daripada pentadbiran sebelumnya. Ini menyebabkan orang ramai putus asa dan tidak lagi yakin dengan masa depan negara.

Ini adalah pengamatan Presiden, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini pada majlis pelancaran buku himpunan artikel oleh lapan akademik yang berjudul 'Malaysia Pasca Mahathir: Sedekad Cabaran?

"Masyarakat kini lebih tertekan berbanding 10 tahun lalu. Di mana-mana saya pergi, mereka bertanya apa yang sudah berlaku dengan negara ini.

"Sebabnya adalah gusar kehilangan kuasa yang ada pada hari ini, menyumbang kepada kebobrokan keadaan sekarang dan ini menjadikan ia jauh lebih berbahaya berbanding tahun-tahun sebelumnya.,” katanya.

Dari aspek ekonomi, beliau menegaskan bahawa jurang antara golongan miskin dan kaya semakin luas.

"Penyelesaian kerajaan untuk masalah ini menjadikan rakyat amat bergantung kepada bantuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya memberi kuasa kepada mereka," katanya.

Katanya, Najib, yang sebelum ini membebaskan beberapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kini menggunakan cara lama menindas sebagai jalan mudah terhadap lawan politiknya.

Beliau berkata Najib dan pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi bermula dengan baik tetapi akhirnya beralih untuk menindas.

Ambiga berkata demikian semasa berucap dalam membandingkan keadaan negara ketika di bawah Mahathir dan selepas perdana menteri berundur.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .