» » Jual aset tenaga kepada syarikat asing merupakan satu pengkhianatan dibandingkan bergambar dengan individu tertentu


Menjual aset tenaga kepada syarikat-syarikat asing merupakan satu pengkhianatan dan bukan perbuatan mengambil gambar dengan individu tertentu, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Syarikat tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra dijual kepada sebuah syarikat China-Qatar, melanggar peraturan sebelum ini yang tidak membenarkan syarikat asing memiliki lebih daripada 49% kepentingan dalam sebuah syarikat tenaga.

Anak perempuan Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sedang disiasat polis kerana bergambar dengan Jacel Kiram, anak perempuan dalang bagi serangan Lahad Datu, Jamalul Kiram III.

"Ia (penjualan aset tenaga) adalah apa yang mereka panggil pengkhianatan, bukannya mengambil gambar dengan seseorang," katanya ketika berucap kepada Kongres PKR di Shah Alam hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, adalah sesuatu yang malang apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak diberi keutamaan dalam mengambil alih aset tenaga, yang dijual sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula 1MDB.

"Ini adalah satu pengkhianatan ekonomi yang jelas tidak mengambil kira kesan kepada rakyat," katanya.

"Apa lagi yang akan dijual? Apa lagi yang kita akan serahkan kepada negara lain apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani?" soal beliau.

Beliau mempersoalkan berapa banyak lagi "kedaulatan" Malaysia yang akan dilepaskan.

"Tarif elektrik kita akan meningkat dan membebankan kos sara hidup dalam usaha menyelamatkan 1MDB," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .