» » Intan Ladyana gagal beri komitmen kerana hadapi masalah kesihatan


Pengarah Urusan Mangkin Prestij iaitu Jane Lim mendedahkan pelakon Intan Ladyana kurang memberi komitmen terhadap kerjaya lakonannya dalam tempoh setahun ini kerana masalah kesihatan.

Jane yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberitahu terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan terhadap aktres tersebut yang dikatakan memerlukan masa untuk berehat.

"Dia (Intan Ladyana) kurang memberi komitmen dan tiada penggambaran drama atau filem sepanjang setahun ini kerana masalah kesihatan, dia sering sakit dan perlu rehat.

"Pihak kami terpaksa tolak beberapa tawaran untuk dia kerana dia sendiri tidak mahu, filem yang keluar tahun ini adalah penggambaran yang dilakukan pada tahun lalu," ujarnya .

Jane ditanya tentang perkembangan kerjaya pelakon Intan Ladyana yang agak suram tahun ini.

Intan adalah artis bawah pengurusan MIG.

Pelakon tersebut juga tidak muncul dengan alasan masalah kesihatan pada majlis tayangan media filem baharu terbitan anak syarikat MIG itu berjudul Banglo Berkunci di E@Curve, pada malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, Jane berkata, pihaknya tidak pernah menghalang apa juga keputusan aktres tersebut dan menganggap ia adalah masa untuk wanita itu berehat.

"Tidak mengapa, itu keputusan dia untuk perlahankan kerjaya dan ambil setahun ini untuk berehat dan bercuti. Lagi pula kami faham selama ini dia sudah kerja keras," ujarnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .