» » Gesa RM17 bilion hasil kutipan GST dipindah kepada isi rumah Malaysia


Putrajaya digesa menggunakan RM17 bilion daripada pendapatan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk memulakan program pemindahan tunai bersyarat baharu yang akan menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M ) yang disifatkan memberi manfaat kepada lebih ramai isi rumah.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan Bantuan Asas Sosial Nasional menelan kos RM11 bilion lebih daripada BR1M, tetapi boleh memberi manfaat kepada 3.85 juta isi rumah.

“Kita tolak GST. Tetapi memandangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih mahu meneruskan GST, maka kita menggesa supaya kutipan GST sebanyak RM17 bilion daripada RM39 bilion digunakan sebagai pemberian tunai terus bersyarat kepada 3.85 juta isi rumah daripada 7 juta isi rumah keseluruhannya dalam satu Skim Bantuan Asas Sosial Nasional (SBASN).

“Skim ini berjumlah RM17 bilion berbanding BR1M berjumlah RM5.6 bilion. Kita mahu semua isi rumah di bawah RM5,000 layak menerima Bantuan Asas Sosial Nasional yang kita cadangkan,” katanya dalam ucapan presiden di kongres PKR hari ini.

Katanya ini berbeza daripada BR1M yang hanya membantu isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

“Sumber kewangan utama untuk skim ini adalah GST sendiri,” kata Dr Wan Azizah.

Satu kempen yang dipanggil “Kembalikan GST kepada rakyat” juga akan dilancarkan untuk tujuan ini.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .