» » Gadis 15 tahun hilangkan diri lepas dilihat tergesa-gesa keluar dari rumah


Remaja, Siti Nur Hafiza Asmat, 15, dilaporkan menghilangkan diri dari rumahnya di Kampung Gong Pasir, di sini sejak Rabu lalu.

Berikutan itu, ayah remaja berkenaan, Asmat Mohd Azmi, 45, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Dungun, 10.45 malam tadi.

Siti Nur Hafiza didakwa keluar dari rumahnya pada 6.40 petang dalam keadaan tergesa-gesa.

Ibunya, Samsiah Abdullah, 36, berkata ketika nampak anaknya keluar dari rumah, dia memanggil nama anaknya itu sambil bertanya hendak ke mana tetapi tidak diendahkan.

"Dia terus berjalan tanpa berpaling dan saya sangkakan dia keluar sekejap sahaja. 


"Bagaimanapun, katanya selepas setengah jam anak kedua daripada lima beradik itu tidak pulang, dia minta anak sulungnya mencari Nur Hafiza di sekitar kampung tetapi gagal menemuinya," katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu keluar dengan memakai seluar denim dan baju berlengan panjang hitam serta tudung kelabu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan diminta menghubungi ibunya, Samsiah Abdullah, 36, di talian 019-9491009.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .