» » Cadang perjanjian TPPA dinilai terlebih dahulu oleh SUHAKAM untuk elakkan ketidakadilan


Pemimpin DAP Charles Santiago hari ini mencadangkan supaya Putrajaya menyerahkan dokumen Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk diteliti bagi memastikan ia selaras dengan hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Klang itu berpendapat perjanjian tersebut bukan hanya melibatkan perdagangan antara negara tetapi juga memberi impak besar daripada segi kehidupan rakyat, seperti perubatan, pekerjaan, dan kebebasan hak bersuara.

"Saya mencadangkan supaya pihak kementerian menyerahkan dokumen ini kepada pentaksiran Suhakam.

"Ia sangat penting. Sekiranya kerajaan tidak melaksanakannya dalam masa 2 minggu setengah, maka pejabat kami akan menyerahkannya sendiri untuk Suhakam mengkaji perjanjian tersebut daripada perspektif hak asasi manusia," katanya kepada pemberita di pusat khidmat Ahli Parlimen Klang hari ini.

Beliau berkata, Suhakam akan menilai dokumen perjanjian tersebut dan memaklumkan kepada rakyat Malaysia sama ada ia mencapai standard hak asasi manusia kerana perjanjian ini melibatkan perkara yang lebih besar berbanding perdagangan antarabangsa.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal.

Beliau berkata, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, ia (farmaseutikal) membabitkan paten selama 20 tahun dan ia melindungi dasar sedia ada manakala bagi ubat yang tidak berasaskan kimia, kita mempunyai perlindungan data eksklusif 5 tahun."

Pada masa depan, Mustapa berkata, ubat berasaskan biologi akan diletakkan di bawah ubat konvensional agar tidak terjejas dengan pelaksanaan TPPA.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .