» » BN Pagoh berhimpun tunjuk sokongan untuk Muhyiddin


Ketua Umno cawangan Pagoh Samad Ariffin hari ini mempersoalkan apakah dosa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tahun ini.

Malaysiakini melaporkan, Samad mempertikaikan perkara itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir dalam satu perhimpunan di Pagoh hari ini.

"Kita berkumpul di sini dan tidak dibayar untuk menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin.

"Kita tahu risiko yang kita hadapi, di mana ibu pejabat parti akan merekodkan nama-nama kami untuk dilaporkan kepada kepimpinan parti.

"Tetapi kita bersatu bersama Muhyiddin kerana kita tahu beliau berada di jalan yang betul," kata Samad yang mewakili 106 Umno cawangan dalam Bahagian Pagoh seperti dilaporkan Malaysiakini.

Perhimpunan hari ini menyaksikan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan dari Pagoh menyertai rakan-rakan Umno mereka.

Kira-kira 1,000 ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul di dewan di Pagoh untuk menyuarakan sokongan mereka.

Semasa perhimpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan dari bahagian dan juga dari veteran Umno dan tentera dari bahagian Pagoh.

Sebelum ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri atas permintaan sayap masing-masing.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno demi menghormati permintaan sayap parti Melayu itu.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .