» » Bagaimana jual aset tenaga boleh kurangkan hutang berbilion 1MDB ?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat mengurangkan hutangnya melalui penjualan aset tenaga kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group), di kala kejatuhan nilai ringgit.

Menulis dalam blog popularnya www.chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, nilai ringgit adalah RM3.2 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika 1MDB membeli loji kuasa itu.

Ketika dijual, ringgit kini RM4.2 berbanding dolar AS, katanya.

"Jika wang dipinjam 1MDB dalam ringgit, kerugian akan menjadi minimum. Tetapi jika 1MDB pinjam dalam dolar AS, mereka akan rugi RM1 bagi setiap dolar dipinjam.

"Dalam erti kata lain, apa yang diperoleh 1MDB daripada jualan tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam dolar AS yang dipinjam 1MDB," tulis Dr Mahathir.

Pada Isnin, 1MDB, Edra Global Energy Berhad dan subsidiarinya memeterai jualan saham RM9.83 bilion dan perjanjian jual beli dengan CGN Group.

Jualan itu adalah untuk pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaga – Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

Syarikat China itu akan membayar, wang tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan menanggung semua hutang dan wang tunai aset-aset kuasa, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .