Adik mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais, Charles, perlu membuat laporan polis mengenai dakwaan abangnya itu terlibat dalam penyiasatan seorang "pegawai tinggi kerajaan" pada masa pembunuhan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini.
"Oleh kerana beliau membuat semua pertuduhan, beliau perlu membuat laporan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Charles semalam memberitahu sidang media Kevin menceritakan mengenai kerjanya yang melibatkan penyiasatan personaliti berkuasa.
Beliau juga mendakwa Kevin memberinya “pen drive” mengandungi butir-butir siasatan sebelum kematian, dan ia disimpan dengan selamat di Amerika Syarikat, di mana Charles menetap.
sumber




No comments: