» » Najib Razak tiada pilihan dan mesti jawab skandal 1MDB pada sidang Parlimen kali ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada pilihan selain menjawab isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan derma RM2.6 bilion dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ia berdasarkan 'janji' Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulis pada Khamis.

"Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud sama pada tarikh ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.

"Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan (Dewan Rakyat) yang akan berakhir pada 3 Disember ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Johari mengemukakan soalan meminta Najib menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion yang diterima beliau.

Soalan itu termasuk siapa penderma berkenaan, apakah tujuannya dan adakah terdapat ikatan dan syarat yang dikenakan terhadap Perdana Menteri atau negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum direkodkan.

"Jadi bila nak panggil? Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .