» » Liong Sik sabar tunggu saman Najib Razak yang tak kunjung tiba


Tun Dr Ling Liong Sik "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan yang dibuatnya terhadap perdana menteri.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Liong Sik kepada pemberita di sini, Rabu.

"Saya juga terkejut mengapa beliau mengambil masa yang sangat lama (untuk mengambil tindakan undang-undang), tetapi saya masih bersabar," tambahnya.

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada sebuah firma guaman yang mengendalikan perkara itu, yang mendakwanya kerana memfitnah.

Surat tersebut menuntut Liong Sik memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), awal bulan ini.

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur dari gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

Beliau tidak sabar untuk melihat Najib membawa saksi di mahkamah berserta bukti.

Pada Selasa, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib mengenai sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang berkenaan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .