» » Ku Li cakap Muhyiddin bebas beri pandangan beliau berkaitan kritikan terhadap skandal 1MDB dan RM2.6 bilion


Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa sahaja yang beliau suka dan fikirkan, kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam reaksinya berhubung tindakan bekas timbalan perdana menteri itu yang mengkritik Umno secara terbuka pada sebuah seminar, Sabtu lalu .

"Beliau boleh buat apa sahaja yang beliau suka, dan kata mengikut apa yang beliau fikirkan.

"Hak rakyat untuk menghakimi sama ada perbuatannya itu salah atau betul," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, tindakan Muhyiddin tidak harus dilihat dari segi di mana ucapannya dibuat.

"Kita boleh bercakap dalam parti atau pun luar, namun perkara pentingnya sekarang ini masyarakat sudah terbuka dan rakyat kini sudah mempunyai akses.

"Sekarang ini apa yang anda kata boleh jadi viral. Apa yang saya kata boleh jadi viral dalam beberapa saat sahaja.

"Kita tidak boleh kata apa yang dikatakan hanya terhad untuk kita sahaja. Ia boleh dijadikan viral. Jadi anda tidak boleh anggap apa sahaja yang dibincangkan hanya tersebar antara kita. Ini kebebasan bercakap," katanya.

Ditanya adakah tindakan harus diambil terhadap Muhyiddin kerana perbuatannya itu, Ku Li menolak untuk mengulas mengenainya.

"Saya fikir, bukan sahaja saya, tetapi sesiapa pun boleh menyatakan perkara tersebut. Ia terpulang kepada lembaga disiplin," katanya.

Muhyiddin pada Sabtu lalu mendedahkan, beliau tidak bersetuju dengan desakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertanding jawatan presiden Umno apabila Datuk Seri Najib Razak dikatakan "teragak-agak" membuat keputusan.

Bercakap di Johor Baru, beliau berkata, beliau menolak bertanding kerana kerusi itu milik Najib, yang ketika itu timbalan presiden parti.

Beliau juga pada forum itu mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Najib.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .