» » Dakwa hutang 1MDB berjumlah RM2.04 bilion hilang tanpa dikesan


Susulan penafian Putrajaya berhubung kewujudan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.04 bilion kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), DAP hari ini membangkitkan persoalan mengenai "kehilangan" wang tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, keengganan Kementerian Kewangan menjelaskan hal itu menunjukkan mereka cuba melindungi perkara sebenar.

Ini kerana katanya, terdapat percanggahan antara jawapan kementerian itu dan laporan audit IPIC yang jelas menunjukkan kewujudan wang tersebut.
"Keengganan kementerian mendapatkan penjelasan daripada IPIC menunjukkan ada sesuatu disembunyikan.
"Ke mana duit tersebut hilang?" soal wakil rakyat DAP itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini 1MDB tidak berhutang dengan IPIC sebanyak AS$481 juta (RM2.04 bilion).

Melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Najib yang juga menteri kewangan berkata notis penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac, 2014 menyatakan tiada jumlah itu ditanggung syarikat sarat hutang itu.

Pua sebelum ini menuntut pelabur negara itu menjelaskan pinjaman AS$975 juta yang diambilnya daripada sebuah konsortium bank diketuai Deutsche Bank untuk membeli balik opsyen diberi kepada IPIC dan mengapa pinjaman ini tidak dilaporkan dalam penyata kewangan 2014 1MDB.

Beliau bertanya sama ada ia kerana pinjaman itu digunakan untuk menutup wang AS$1.22 bilion yang dikatakan ditebus firma itu dari Kepulauan Cayman.

Katanya, 1MDB belum mengesahkan jika ia masih berhutang dengan IPIC sebanyak AS$481 juta, sambil menambah, hutang itu dapat dilihat dalam penyata kewangan firma itu sepertimana diaudit Ernst & Young.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .