» » Dakwa Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai Ringgit Malaysia yang menjunam teruk


DAP mendakwa Bajet 2016 yang dibentangkan kelmarin tidak menyenaraikan apa-apa langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali nilai ringgit, yang menjadi mata wang paling teruk terjejas di rantau ini. 

Dengan nilai mata wang semakin merosot dalam tempoh beberapa bulan lepas, dan ia kini pada RM4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada Barisan Nasional akan mengakui bajet yang dibentangkan itu gagal jika nilai ringgit tidak dipulihkan.

"Adakah Bajet 2016 membantu memulihkan nilai ringgit?

"Adakah BN akan mengakui Bajet 2016 gagal jika nilai ringgit tidak kembali ke paras RM3.70-RM3.80 berbanding AS$1 dari RM4.30 sekarang?" soalnya ketika berucap pada konvensyen DAP Pahang di Bentong hari ini.

DAP dan parti pembangkang lain menyalahkan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2013 sebagai faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi dan kejatuhan ringgit.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan dan ketua menteri Pulau Pinang, juga mempersoalkan bagaimana Putrajaya merancang untuk menangani hutang kerajaan persekutuan yang meningkat daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM627.5 bilion pada Jun tahun ini.

"Jika liabiliti luar jangka yang dimasukkan, hutang kerajaan persekutuan dijangka mencecah RM800 bilion menjelang akhir 2016.

"Ini bermakna, hutang kerajaan persekutuan akan meningkat hampir 3 kali ganda dalam tempoh 9 tahun," katanya.

Pembangkang menyelar Bajet 2016, yang didakwa tidak akan membantu negara mengatasi masalah ekonomi dan tidak meningkatkan taraf hidup rakyat kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% masih dikekalkan untuk menjana pendapatan bagi kerajaan menampung perbelanjaan yang meningkat akibat pengurangan hasil minyak.

Kenaikan kadar tol lebuh raya juga diumumkan dan dilaksanakan tidak lama sebelum pengumuman bajet.

Kedua-dua perkara ini ditolak Pakatan Harapan, yang mengatakan rakyat akan lebih menanggung beban kewangan.

Gabungan itu sebelum ini berjanji menghapuskan kedua-duanya jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

"Bagaimana kerajaan persekutuan bercadang mengurangkan beban rakyat apabila kenaikan kadar tol diumumkan dan harga minyak meningkat walaupun terdapat penurunan harga minyak dunia?" soal Lim, yang menggelarkan Bajet 2016 sebagai satu "langkah pakej kosmetik".

Beliau berkata orang ramai pasti akan lebih suka hidup tanpa GST daripada mendapat bantuan kerajaan.

"Itulah perbezaan antara cadangan bajet BN dan belanjawan Pakatan Harapan.

"Matlamat Pakatan Harapan adalah untuk menyelamatkan ekonomi dengan menghapuskan GST, membekukan kenaikan kadar tol, mengurangkan harga petrol dan menyelesaikan hutang RM42 bilion 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion, bagi memulihkan nilai ringgit."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .