» » CEO 1MDB dakwa bukan 1MDB jadi punca Ringgit Malaysia tersembam ke bawah


Kenyataan kejatuhan ringgit disebabkan isu hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) semata-mata, adalah tidak benar, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy.

Beliau yang kesal kerana terdapat pelbagai pihak mengaitkan kemerosotan nilai ringgit dengan 1MDB, berkata: “Tidak ada hubung kait antara kedua-duanya."

"Mengatakan kejatuhan ringgit kerana satu syarikat, saya fikir agak keterlaluan," kata Arul Kanda ketika ditanya sama ada masalah kewangan 1MDB memberi tekanan tambahan pada mata wang tempatan.

"Jika anda melihat sebulan yang lalu dan menilai turun naik ringgit, dan turun naik nilainya, dan melihat berita mengenai 1MDB, anda akan dapati tidak ada hubung kait," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, ringgit banyak dipengaruhi kejatuhan mendadak harga minyak dunia dan penurunan nilai renminbi China yang memberi kesan buruk kepada mata wang tempatan.

Arul Kanda berkata kebimbangan terhadap pasaran baru muncul juga memberi kesan kepada mata wang pasaran baru muncul, susut nilai mata wang seperti mata wang Brazil, Norway dan New Zealand.

Gabungan kejatuhan harga minyak mentah, penurunan nilai mata wang China dan kenaikan dolar AS membawa kepada penurunan ringgit sebanyak kira-kira 16% berbanding dolar AS sejak Ogos tahun ini. Semalam ringgit ditutup pada 4,2670.

Begitu juga, mata wang Brazil, real, yang jatuh ke paras terendah pada September, mata wang Norway, kroner juga menjunam ke paras paling rendah pada bulan lepas, manakala dolar New Zealand turun dengan ketara selepas China menurunkan nilai mata wang mereka.

Semua mata wang ini, termasuk ringgit, dikaitkan sama ada kebimbangan terhadap pasaran baru muncul, penurunan nilai mata wang China atau kejatuhan harga komoditi terutamanya minyak mentah, yang kini berlegar pada paras terendah US$48 setong.

"Bukan mengatakan 1MDB tidak memberi kesan langsung, saya bersetuju terdapat beberapa kesan dalam perkara tertentu.

"Tetapi saya juga ingin menyatakan pelbagai ketidaktentuan politik di dalam negara juga mempengaruhi nilai mata wang," kata beliau semasa di temu bual dalam program khas, "Bernama TV with Arul Kanda".

Program yang disiarkan di Astro saluran 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com. pada 10 malam ini, dihoskan oleh Suriati Sanusi bersama Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah.

Bagi mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap ringgit, Arul Kanda berkata 1MDB menyediakan pelan rasionalisasi yang secara beransur-ansur akan melupuskan aset atau membawa masuk ekuiti baru untuk mengurangkan hutangnya.

Arul Kanda mengulangi, 1MDB tidak pernah gagal membayar hutang dan membayar faedah dan pokok apabila tiba masanya.

"Daripada perspektif itu, pelabur akan lega yang kita mengakui cabaran, kami terbuka mengenainya dan akan memperbetulkan keadaan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .