» » 1MDB tak berhutang USD481 juta dengan IPIC


Syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berhutang dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebanyak AS$481 juta, kata Datuk Seri Najib Razak.

Melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, notis penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac, 2014 menyatakan tiada jumlah itu ditanggung 1MDB.

"Nota di dalam penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan tiada jumlah tersebut yang ditanggung 1MDB terhadap IPIC.

"Ingin ditekankan juga, mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan penyata kewangan mereka," kata Najib, yang juga menteri kewangan, dalam jawapan itu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai jumlah pembayaran yang dibuat 1MDB bagi menebus opsyen syarikat Powertek Investment Holding dan 1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.

Wakil rakyat DAP itu turut bertanya sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak AS$481 juta seperti tercatat dalam laporan audit IPIC untuk Disember 2014.

Anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS, pada 2012 memperolehi sehingga 49% daripada dua firma tenaga – Powertek Investment Holdings dan 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd – sebagai sebahagian daripada syarat pemberian jaminan IPIC untuk bon AS$3.5 bilion 1MDB.

Pua sebelum ini menuntut pelabur negara itu menjelaskan pinjaman AS$975 juta yang diambilnya dari sebuah konsortium bank yang diketuai Deutsche Bank untuk membeli balik opsyen yang diberi kepada IPIC dan mengapa pinjaman ini tidak dilaporkan dalam penyata kewangan 2014 1MDB.

Beliau bertanya sama ada ia kerana pinjaman itu digunakan untuk menutup wang AS$1.22 bilion yang dikatakan ditebus firma itu dari Kepulauan Cayman.

Katanya, 1MDB belum mengesahkan jika ia masih berhutang dengan IPIC sebanyak AS$481 juta, sambil menambah, hutang itu dapat dilihat di dalam penyata kewangan firma itu sepertimana diaudit Ernst & Young.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .