» » Umie Aida sudah jangka suaminya akan ditangkap semula kerana bongkar skandal Najib Razak di luar negara


Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida mengatakan sudah menjangkakan suaminya akan ditahan semula selepas dibebaskan.

Menulis di laman sosial Instagram Umie berkata, "terus tabah" kepada suaminya yang baru sahaja dibebaskan selepas direman sejak hujung minggu lalu kerana dituduh mahu menggulingkan kerajaan.

Khairuddin ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 4.40 petang tadi.

"Benar sungguh naluriku, apa yang bakal terjadi. Abang (Khairuddin) sudah dibebaskan dari Akta 124C dan ditangkap semula 124K dan 124L, Subahanallah, terus tabah," kata pelakon dan penyanyi dalam laman Instagram umieaida818.

Selepas disekat keluar negara, Khairuddin pada 18 September lalu ditahan polis di rumahnya berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.

Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.

Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

"Beliau sekarang disiasat untuk kesalahan di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan," kata peguamnya Matthias Chang kepada The Malaysian Insider.

Seksyen 124k dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.

Di bawah Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .