Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengulangi pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan media, SPRM berkata pihaknya mengulangi penjelasan ini memandangkan masih ada pertanyaan daripada pemberita dan kenyataan yang mengaitkan siasatan 1MDB dengan SPRM.
"Isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.
"Perkara ini diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM pada 5 Ogos lalu," kata SPRM di Kuala Lumpur.
sumber




No comments: