Pemuda Umno mencabar Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Najib Razak, lapor akhbar Sinar Harian.
Ketua Pemuda Ummo Khairy Jamaluddin berkata, beliau kesal apabila Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Cia Chow Hui memberi alasan memutuskan hubungan dengan pengerusi BN itu kerana isu perhimpunan "baju merah".
"Jelas sekali ini merupakan langkah kebudak- budakan, mendahalui parti dan dikhuatiri berniat jahat ke atas kepimpinan negara dalam keadaan geopolitik yang sedang kita lalui.
"Pemuda ingin mengingatkan Cia Hui supaya membuat pertimbangan wajar sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan kerjasama parti komponen BN," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Khairy turut mendesak Pemuda MCA di peringkat pusat membuat siasatan ke atas tindakan yang dilakukan Cia.
Menurut menteri belia dan sukan itu, Cia tidak harus mengubah fokus ke atas Umno, dengan menyerang kepimpinan tertinggi parti itu sedangkan MCA berdepan dengan kemorosotan sokongan masyarakat Cina .
"MCA merupakan rakan komponen dalam BN sejak sekian lama dan perkongsian kuasa di antara kaum sudah diamalkan dengan jayanya selama ini.
"Kerjasama ini boleh rosak dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab seperti Pemuda MCA Pasir Gudang," katanya.
Cia mengumumkan memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan perdana menteri terhadap Himpunan Rakyat Bersatu atau "baju merah":.
Beliau berkata anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong perdana menteri dalam mana-mana acara.
Meskipun tindakan tersebut dikritik hebat pemimpin Umno, namun MCA tegas tidak akan mengenakan mengenakan tindakan tatatertib terhadap Cia.
sumber
No comments: