Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MCA mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan segala perhimpunan selepas ini kerana ianya merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebarang perhimpunan jalanan yang dianjurkan akan mencetuskan keganasan apabila pihak ekstremis cuba melakukan konfrontasi mendesak satu- sama lain membawa kepada pergaduhan.
Situasi itu, kata menteri akan memberi kesan kepada perpaduan negara dan mencemarkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
"MCA menggesa perdana menteri untuk menghentikan segala perhimpunan jalanan pada masa akan datang. Jelas ianya merupan satu ancaman yang boleh merosakkan negara.
"MCA menuntut semua perhimpunan jalanan perlu dihentikan. Cara yang ke hadapan ini supaya kita dapat mengembalikan nilai daripada bapa pengasas negara kita," katanya selepas merasmikan mesyuarat jawatankuasa pusat MCA di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia menyaksikan dua perhimpunan jalanan dalam beberapa minggu ini iaitu Bersih 4 dan himpunan baju merah.
Kumpulan reformasi pilihan raya 2.0 menganjurkan Bersih 4 pada hujung bulan lalu selama 2 hari menuntut peletakan jawatan Najib.
Manakala pada 16 September lalu, Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu bagi mempertahankan maruah Melayu dan pemimpin negara.
Najib juga mempertahankan himpunan itu dengan menyatakannya sebagai kebangkitan kaum Melayu yang mempertahankan pemimpin mereka daripada dihentam.
Tetapi MCA membidas perhimpunan tersebut dengan menyatakan ianya mewujudkan unsur perkauman kepada kaum Cina.
Malah Liow berkata, MCA tidak bersetuju dengan kenyataan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan pesertanya mematuhi undang- undang.
"Terdapatnya insiden jelas bahawa wujudnya keganasan apabila peserta mencabar undang-undang dan mengeluarkan kenyataan hasutan.
"Amat jelas himpunan tersebut cuba menimbulkan ketakutan dan menyaksikan ketegangan kaum.
"Ayat seperti 'Cina babi dan 'hapuskan SJKC' tidak boleh dijadikan alasan," katanya.
Katanya tindakan yang mengkhususkan kepada kaum Cina dan menunjukkan permusuhan kumpulan etnik tidak boleh dibiarkan.
sumber
No comments: