» » Harga minyak di Malaysia turun sedikit mulai 1 September 2015


Harga petrol dan diesel dijangka akan turun masing-masing 10 sen dan 15 sen per liter pada September, lapor Star Online.

Dalam satu laporan, akhbar itu berkata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Datuk Alang Zari Ishak berkata harga bagi kedua-dua RON95 dan RON97 ditetapkan pada RM1.95 dan RM2.35 per liter, turun 10 sen daripada harganya pada Ogos.

Laporan itu berkata harga diesel ialah RM1.80 per liter, turun 15 sen daripada RM1.95 bulan sebelumnya.

“Maklumat yang kita terima ialah harganya akan turun,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan berkenaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .