» » BERSIH sedia hadapi sebarang tindakan daripada kerajaan Malaysia


Penganjur BERSIH 4, Maria Chin Abdullah hari ini berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang susulan menganjurkan perhimpunan itu selama 34 jam berakhir tengah malam tadi.

Maria berkata beliau mempunyai ramai peguam untuk mewakili dirinya nanti.

"Kami bersedia (berdepan tindakan undang-undang) untuk apa juga alasan," tegas Maria dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Kuala Lumpur petang ini.

Dalam perutusan Hari Kebangsaan Ke-58 malam tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara.

Sementara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dilapor memberi amaran bahawa polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta BERSIH selepas perhimpunan itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan polis tidak akan lepas tangan akan terus memantau termasuk tokoh di sebalik pengajuran dan meneliti ucapan mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann berkata pihaknya kini sedang mengikuti perkembangan kes letupan pada malam kemuncak perhimpunan aman tersebut.

"Bersih sedang mengikuti perkembangan kes ini daripada semasa ke semasa kerana siasatan sedang dijalankan pihak polis," katanya.

Thomas berkata setakat ini polis telah membuat tangkapan terhadap dua orang suspek.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .