» » Zahid beri amaran yang pemimpin BERSIH 4 bakal berdepan tindakan polis


Polis sedang memantau pemimpin serta ucapan di perhimpunan Bersih 4, dan tindakan akan diambil terhadap mereka, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran hari ini.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata walaupun tiada penangkapan setakat ini, tidak bermaksud polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menjalankan tugas.

"Saya setuju dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), berani buat, berani tanggung."

"Jangan tuduh polis zalim kerana ambil tindakan.

"Ini bukan amaran tetapi janji, tindakan perlu diambil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan mesyuarat Umno Ipoh Timor di Ipoh hari ini.

Putrajaya sebelum ini mengharamkan perhimpunan Bersih 4.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .