» » Wang RM2.6 bilion Najib Razak cemar perayaan kemerdekaan Malaysia 2015


Sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini dicemari derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, satu dana besar yang dikatakan sumbangan dari Timur Tengah, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, sewaktu pembentukan Malaysia pada 1963 rakyat dapat menentukan impian dan sasaran mereka sendiri namun dengan kemerdekaan negara yang berdepan ancaman, rakyat berdepan risiko penjajahan baharu oleh kuasa misteri Arab yang tidak diketahui.

"Dahulu rakyat Malaysia dan Borneo dijajah di bawah tentera British. Hari ini, wawasan dan polisi dipengaruhi wang asing yang mendanai parti politik," katanya dalam satu perutusan Hari Kemerdekaan ke-59.

Pua berkata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini mengakui tiada salahnya Najib menerima sumbangan rahsia itu secara peribadi dari negara Arab.

"Beliau tanpa rasa malu mengakui apa yang dipanggil derma itu adalah untuk melihat parti tertentu menang dalam pilihan raya umum (PRU) kerana mesra dengan mereka.

"Itu mengesahkan tanpa curiga yang status kedaulatan Malaysia sedang diancam kerana parti pemerintah dan pemimpinnya terikat dengan dana rahsia asing," katanya.

Pua berkata Barisan Nasional (BN) gagal membezakan di antara wang kerajaan dan wang sendiri.

Katanya, ini dapat dilihat daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa negara Arab membantu BN kerana kerajaan komited membanteras keganasan dan untuk mengekalkan identiti Ahli Sunah Wal Jamaah.

"Jika negara Arab menghargai usaha Malaysia menangani keganasan dan mahu menyumbang seperti didakwa, dana asing itu sepatutnya masuk ke dalam akaun kerajaan dan bukannya secara rahsia didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

"Sama seperti dana yang kita terima dari Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun, duit itu milik rakyat Malaysia dan bukan kepada Najib atau Umno.

"Apabila sejumlah wang berkenaan disumbangkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri dan atau Umno, pemimpin politik itu dilihat sudah berkompromi.

"Tanpa sebab atau alasan diberikan, ia menjadi rasuah kepada ahli politik tempatan bagi memenuhi kepentingan kuasa asing," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, rakyat mesti mendapatkan semula kemerdekaan mereka dan negara daripada tangan mereka yang bersekongkol dengan kuasa asing.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .