» » Unit risikan polis telah nasihatkan kerajaan supaya beri jawapan jelas berkaitan skandal 1MDB


Kerajaan menyangka ia boleh menerangkan dengan baik isu sekitar syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi ia gagal meyakinkan rakyat, kata bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, unit risikan polis sejak dua tahun lalu menasihatkan kerajaan agar memberi jawapan yang jelas berhubung skandal yang didakwa melibatkan 1MDB, tetapi jawapan yang diterima, Putrajaya boleh mengendalikan perkara itu.

"Kita sudah nampak ia datang dan kita dah nasihat Putrajaya, isu ini boleh jadi besar," katanya pada satu sesi sarapan bersama media pagi ini.

"Mereka sangka mereka boleh terangkannya, tetapi malangnya..." kata Hamid.

1MDB bukan ancaman kepada negara, katanya, tetapi ia membangkitkan kemarahan ramai.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .