» » Terpulang pada UMNO ambil tindakan terhadap Dr Mahathir kerana sertai BERSIH 4 secara tidak langsung


Datuk Seri Salleh Keruak menyerahkan kepada kepimpinan Umno sekiranya mahu mengambil tindakan tatatertib terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menjawab persoalan wartawan apakah sebarang tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap Dr Mahathir kerana menyertai perhimpunan yang menetang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Terpulang kepada parti untuk ambil tindakan (terhadap Dr Mahathir)," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi ini.

Beliau turut menyatakan kekesalannya dengan isteri Dr Mahathir, iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengatakan Bersih 4 adalah perhimpunan majoriti rakyat.

"Perhimpunan Bersih 4 ini bukan perhimpunan majoriti rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Perhimpunan Bersih ini, kalau dilihat sambutan bukanlah hebat sangat kerana ia ditunjangi parti DAP sendiri. Mereka mempunyai motif politik semata-mata".

Katanya, meskipun keadaan masih terkawal kerana tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku, ia masih lagi diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa.

"Walaupun masih terkawal, ia masih lagi perhimpunan polis. Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana mengawal keadaan," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .