» » Terfikir kemewahan yang dikecapi baginda dibandingkan nasib rakyat Malaysia lain yang banyak susah buatkan baginda mahu membantu


Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Raja Idris Shah menawarkan bantuan kepada mana-mana pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang kesusahan akibat daripada kesusutan nilai ringgit.

Ilham menghulurkan bantuan itu datang ketika permaisuri kelahiran Perak itu membandingkan kemewahan yang mampu dikecapinya berbanding rakyat Malaysia lain yang bersusah payah mahu membayar sewa rumah, kos pengangkutan serta makanan di sana.

"Saya memikirkan tentang pelajar Malaysia yang belajar di UK dan AS dan bagaimana mereka bertahan sejak ringgit kita susut.

“Berapa banyak perlu mereka belanjakan bagi membeli makanan selepas membelanjakan wang membayar sewa dan pengangkutan harian mereka.

"Berapa banyakkah wang yang mampu dihantar ibu bapa dan keluarga mereka?

“Saya di sini di UK bercuti tetapi saya bertuah kerana saya mampu membayar kemewahan di sini," kata Raja Zarith Sofia menerusi akaun peribadi Facebook baginda.

Kadar tukaran ringgit berbanding dolar US semalam mencecah RM4.135 berbanding US$1 dan RM6.45 berbanding £1.

Raja Zarith Sofia kemudian bertanyakan cara bagi beliau membantu meringankan beban pelajar di sana dan jika ada pertubuhan pelajar yang boleh membantu pelajar yang memerlukan bantuan.

"Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di UK sila maklumkan saya cara saya boleh membantu.

"Adakah terdapat satu badan pelajar yang boleh membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan?" soal baginda.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .