» » Tarik arahan pertukaran pengarah SPRM supaya mereka dapat sambung semula siasat skandal 1MDB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti dibenarkan menjalankan siasatan mereka tanpa gangguan dan sebarang pemindahan pegawai yang terlibat dalam siasatan perlu ditarik semula, kata ahli Panel Kajian Operasi badan anti-rasuah itu.

Lim Chee Wee berkata, tindakan polis terhadap SPRM daripada tangkapan, serbuan dan pemindahan sedang dilihat rakyat sebagai penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan.

"Ia menimbulkan kesimpulan kukuh yang seseorang mahu melindungi dan menutup SPRM dalam siasatannya terhadap sejumlah derma dan wang dikaitkan dengan 1MDB," kata Lim kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemindahan mengejut Pengarah (Operasi Khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa Isnin.

Pemindahan mereka diumumkan semalam dan tidak diketahui peranan kedua-duanya di JPM.

Bahri akhir-akhir ini lantang terhadap polis atas tindakan mereka dalam siasatan dakwaan maklumat bocor berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan beliau dan Rohaizad dipindahkan kerana kenyataan "keras" berikutan serbuan polis dan tangkapan terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Rohaizad turut hadir menerima lawatan ahli-ahli politik pembangkang ke ibu pejabat SPRM beberapa hari lalu, dan pegawai Cawangan Khas berada di sana untuk "memprofil" pegawai-pegawai utama SPRM yang bertemu kumpulan berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, yang bertugas di luar negara meminta Putrajaya mengembalikan kedua-dua kerana mereka yang hanya bertindak menurut perintahnya.

"Kembalikan pegawai saya serta-merta. Ambil saya sebagai pengganti. Mereka melakukannya dan bertindak berdasarkan arahan saya," kata Shukri dalam mesej pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, semalam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .