» » Sultan di Malaysia perlu sekat Najib Razak dan Rosmah Mansor dari jadi RAJA dan PERMAISURI


Rakyat negara sedar mereka memerlukan istana untuk menyekat perdana menteri dan isteri daripada menjadi raja dan permaisuri, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin.

Beliau mengulas titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mengingatkan pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah demi kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

"Dalam tradisi British, rakyat memahami keperluan mengekalkan raja adalah untuk menyekat perdana menteri dari ingatan hendak menjadi raja.

"Sekarang rakyat negara ini juga sedar, bahawa mereka memerlukan raja-raja dan sultan-sultan atas alasan yang sama, untuk menyekat PM dan isteri dari menjadi raja dan permaisuri," katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu turut mempersoalkan sama ada menteri besar, ketua bahagian dan wakil rakyat negeri itu memahami maksud yang tersirat dalam titah ucapan baginda.

Beliau berkata memadailah jika mereka mengingati titah baginda supaya pemimpin kerajaan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan bukan mengutamakan kepentingan diri.

"Tetapi banyak ketua bahagian dan termasuk (Tan Sri) Shahrir Abdul Samad yang lebih memikirkan kepentingan masa depan walaupun sudah tua.

“Suatu masa namanya agung kerana mempertahankan prinsip. Sayang!" tulis Zainuddin dalam blognya itu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .