» » Sehati TIDAK sejiwa


Di mana-mana sahaja
muka bumi yang terbentang

Di tanah air
di perantauan

Sehati sejiwa patriotik
dalam satu barisan bersepakat

Bbiar hanya di jalan raya
mendukung ikrar keramat

Kkeluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang

Teras kesetiaan kepada raja dan negara
bukan kepada kepimpinan dan kepartian

Yang penuh kebobrokan dan kebaculan
kerana kepercayaan kepada Tuhan

Mengatasi setiap akujanji palsu
apalagi saya yang menurut perintah

Sumpah para sesumpah makan diri
saujana meriah budaya hipokrasi

Enam dekad yang menjalang
kepincangan demokrasi.

Kita mesti bersatu
dibawah perjuangan rakyat

Warga negara yang prihatin
menuntut keadilan dan perubahan

Membersihkan kemungkaran
#sehatisejiwa

Menentang rasuah dan penyelewengan
menentang segala kesundalan

Para bangsatwan yang merompak
para penguasa yang menyamun

Para politikus yang mencuri
setiap sen khazanah dan dana negara

Biar atas nama derma bilion ringgit
atau sumbangan menentang Yahudi

Kerana masa depan adalah hari ini
ulangtahun kemerdekaan menjadi pembebasan

Perangkap minda dan fahaman politik
bukan sengketa sesama sendiri

Prasangka rasisime memecah belah
untuk generasi kemudian tidak kencing

Memaki hamun sepanjang hayat
di kubur yang tergadai

Dan tanah yang dilelong
hilang warisan pusaka

Musnah sumber alam
dari kehalobaan tak beramanah

KEPIMPINAN BANGSAT!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .