» » 'Saya tidak sama sekali akan berkomplot dengan perasuah atau makan rasuah'


"Saya seorang pejuang antirasuah bukan pekomplot. Saya akan terus berjuang menentang rasuah sehingga detik terakhir dalam kerjaya."

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdul memberi kenyataan itu ketika ditanya Sinchew Daily mengenai kenyataan SPRM bahawa tiada pegawai kanannya yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan.

SPRM telah mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas dakwaan blog tertentu bahawa pegawai suruhanjaya itu berniat menjatuhkan kerajaan.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri turut memberitahu bahawa dirinya telah mula bercuti pada Jumaat tetapi tidak mendedahkan lokasi percutian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu juga tidak memberitahu sampai bila beliau akan bercuti tetapi mengesahkan percutiannya akan mengambil tempat sekurang-kurangnya seminggu.

"Tidak perlulah hubungi saya sehingga saya balik," pesannya kepada wartawan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga dikhabar sedang bercuti dan mungkin hanya kembali bertugas pada minggu depan.

Ditanya sama ada percutiannya bersama-sama dengan Abu Kassim akan mengganggu proses siasatan pasukan petugas khas yang ditubuhkan, Mohd Shukri berkata, siasatan akan diteruskan SPRM tidak kira pasukan itu wujud atau sebaliknya.

"Saya tidak boleh bersuara bagi pihak pasukan petugas khas sebab saya bukan pemimpin pasukan. Lebih baik anda (wartawan) tanya pihak atasan saya," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .