» » Saksi kes SRC yang berkaitan dengan skandal 1MDB sedang bersembunyi di luar negara


Beberapa saksi yang sedang dicari penyiasat anti-rasuah berkaitan dengan sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan kini bersembunyi di luar negara dengan bantuan pihak tertentu, kata bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador hari ini.

Beliau tidak menamakan mereka, tetapi berkata seorang daripada mereka adalah salah seorang daripada tiga lelaki yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang semalam mengeluarkan notis meminta mereka membantu dalam siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd.

Mereka ialah ahli perniagaan hartawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah SRC International Datuk Suboh Mohd Yassin.

SRC International sebelum ini anak syarikat firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang meraih hutang mencecah RM42 bilion, tetapi kini dimiliki Kementerian Kewangan.

Pada satu sesi sarapan bersama media pagi ini, Hamid berkata, salah seorang daripada tiga individu itu meninggalkan Malaysia dua bulan lalu untuk terbang ke Indonesia, sebelum kemudiannya berangkat ke Thailand.

"Difahamkan beliau ketika ini berada di New Zealand," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .