» » Rasuah pecah amanah dan lindungi penjenayah perlu dihentikan di Malaysia serta merta


Gejala rasuah, pecah amanah serta bersubahat melindungi penjenayah perlu dihentikan dengan kadar segera bagi memulihkan nilai ringgit dan ekonomi negara.

Saidina Umar al Khattab, khalifah Islam ke-2 selepas Saidina Abu Bakar apabila berjumpa dengan rakyat yang mahu berurusan dengan baginda bertanya: “Apakah ianya urusan rasmi atau peribadi

Sebaik saja dimaklumkan ia merupakan urusan peribadi, baginda terus mematikan lilin milik kerajaan yang mencerahi persekitaran tempat baginda bekerja supaya baginda tidak mahu dituduh kerana menyalahgunakan harta kerajaan.

Berbeza pada zaman ini bil elekrik dan air mencecah jutaan ringgit setahun yang turut digunakan untuk majlis bersuka ria dan membazir seperti berkaroeke pada hari raya pertama hingga lewat petang dengan alasan rumah terbuka Aidilfitri.

Urusan rasmi kerajaan sedikit masa lalu tentang pembayaran komisyen pembelian aset kerajaan dibayar kepada satu syarikat di Hong Kong untuk pembelian kapal selam yang tidak mampu menyelam.

Malah, selepas berbelanja berbillion ringgit dihabiskan, Dewan Rakyat terpaksa meluluskan lagi perbelanjaan ratusan juta ringgit bagi melengkapkan kapal selam dengan perluru berpandu, rupa-rupanya kapal selam kosong yang di beli.

Kapal selam yang berharga berbilion ringgit itu juga tidak dapat digunakan untuk membantu operasi mencari pesawat yang hilang di dasar laut atas sebab sebab kurang munasabah.

Bermula dengan pembunuhan kejam seorang perempuan Mongolia, Altantuya Shaariibuu kematian mengejut penyisat persendirian, PI Balasubramaniam selepas cuma beberapa minggu pulang ke Malaysia dan pembunuhan peguam yang mewakili syarikat kapal selam yang di jumpai mati terapung di sebuah pulau persendirian di luar negara.

Inspektor yang didapati bersalah membunuh perempuan Mongolia mengaku mereka cuma mengikut arahan namun dalang pembunuhan masih bebas merompak harta negara dengan bersifat hidung tinggi.

Pengainyaan sistem perundangan negara terhadap anggota polis yang bekerja mengikut arahan namun dipersalahkan sepenuhnya selepas itu kerana cuma menjalankan arahan ketua mereka.

Akuan bersumpah (SD) bekas pemandu yang turut di lapor media beberapa tahun lepas pula jelas menunjukkan pemimpin suami isteri yang bercakap tentang agama ini dikatakan mandi susu dan berjalan sekeliling api pada malam bulan mengambang di rumah mereka di Kuala Lumpur.

Pembelian barangan mewah di dalam dan luar negara, perbuatan menefon ahli perniagaan meminta ratusan ribu ataupun jutaan ringgit, perbuatan memasuki gedung gedung perniagaan jenama antarabangsa di ibu kota dan mengambil barangan mewah sesuka hati tanpa membayar terlebih dahulu bukanlah satu teladan yang baik untuk menjadi isteri kepada seorang pemimpin kerajaan.

Malah, isteri pemimpin ini turut dibenci oleh golongan peniaga, ahli umno sendiri ketika suaminya masih menjawat jawatan timbalan presiden Umno dan ketika perhimpunan agung Umno berlangsung di Pusat Dagnagan Dunia Putra (PWTC), si isteri bersama beberapa pengampu berjalan di sekitar gerai gerai dan berhenti di sebuah gerai pakaian yang membeli barang asalkan dikatakan cantik oleh pengampu yang mengikutnya.

Keseluruhan pembelian di gerai berkenaan ialah RM35,000 dan kira kira sejam kemudian sampailah sampul wang RM35,000.

Namun apa yang menarik ketika pembelian ini sedang berlaku, pemilik gerai bersebelahan yang teruja melihat isteri pemimpin membeli belah di gerai bersebelahan terus mencapai telefon pintarnya dan mengambil beberapa gambar isteri pemimpin berkenaan

Lantas pemilik gerai terbabit disoal pegawai peribadi dan telefon pintarnya yang mengandungi gambar berkenaan dipadamkan selepas dia memberutahu yang dia bukan media cuma pemilik gerai sebelah.

Di luar negara, akhbar Australia, Amerika Syariat (AS) dan Britain menyiarkan pelbagai berita mengenai kegiatan boros isteri pemimpin Malaysia ini yang sekali imbas mengulangi perbuatan isteri bekas presiden Filipina, Imelda Marcos Fdan iteri bekas presiden Mesir Suzzane Mubarak.

Butik pakaian itu ditempah dengan sejumlah besar pakaian di mana tukang jahit dari Australia berlepas ke Malaysia bagi mengambil ukuran pada badan wanita berkenaan.

Perbuatan wanita berkenaan tinggal di hotel bernilai ratusan ribu dolar AS satu malam di Amerika Syarikat, begitu juga di Dubai dan pelbagai lokasi mewah lain membuatkan ramai tertanya: “Kaya sangatkah perempuan ini jika melihatkan rumah di kampungnya di Negeri Sembilan seperti reban ayam

Kisah mendandan rambut di kediaman dengan kos yang tidak logik RM1,200 boleh dipercayai rakyat biasa namun bagi yang biasa pergi ke KLCC akan mendapati kos mendadan adalah antara RM1,800 dan RM3,500.

Kisah menabung untuk membeli cincin dengan “screen shot” barangan masuk di Lapanagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah menjadi kisah lama sebelum negara berterusan di kejutkan dengan pelbagai kisah.

Hidup yang asal susah ini seakan akan sama di mana ketika kecil dulu Imelda hidup dengan amat daif malah hendak membeli sepasang kasut baharu pun susah sebab itulah bila mendapat kemewahan mengejut dengan menyalahgunakan harta rakyat Filipina, Imelda dilaporkan mempunyai kira kira 3,000 koleksi kasut mewah.

Seterusnya, derma adalah di anggap sebagai suapan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala wang yang diterima oleh penjawat awam untuk disimpan sebagai pemegang amanah mengikut skala tertentu juga dianggap rasuah di bawahakta yang sama.

Apa yang menarik juga Akta SPRM 2009 memberi kuasa dan pangkat yang setaraf dengan pegawai pegawai polis dengan menyebut taraf pangkat dalam pasukan keselamatan itu secara khusus.

Wang di dalam dana kerajaan seperti Kumpulan Amanah Wang Pencen dan Tabung Haji adalah wang rakyat, hak rakyat, termasuk juga hak kaum keluarga penguatkuasa undang undang.

Perbuatan mengeluarkan dana berkenaan untuk tujuan lain adalah satu pengkhianatan dan juga satu bentuk pecah amanah, satu kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan.

Keputusan kolektif mesyuarat dan arahan daripada pihak atasan bukanlah lesen sah untuk melakukan pecah amanah tanpa perlu didakwa atas kesalahan terbabit.

Dengan perbuatan salah tanpa disekat merosakkan kesemua badan siasatan, memecat, memindahkan, membuat perlantikan baharu, perbuatan ini adalah satu kesalahan.

Cubaan menghalang penjawat awam melakukan tugas dengan bertanggungjawab yang membawa mereka yang terlibat kepada kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan dan juga Akta SPRM 2009 kerana bersubahat melindungi penjenayah dan perbuatan jenayah.

Segala pemecatan, pemindahan pegawai adalah tidak sah disisi undang undang kerana ia dibuat untuk melindungi penjenayah dan jenayah.

Justeru, mereka yang terlibat dalam merosakkan sistem perundangan negara ini perlu di tahan dan didakwa kerana bersubahat melindungi jenayah dan penjenayah tanpa mengira pangkat hatta menteri Kabinet.

Polis tidak tertakluk kepada menteri. Menteri asalnya bertanggungjawab untuk perkara logistik, perbelanjaan , peruntukan dan sebagainya namun ia tidak sepatutnya mencampuri urusan ketua polis negara (KPN) yang mempunyai kuasa memberi arahan kepada anggota polis dibawah Akta Polis 1967.

KPN tidak patut keliru dengan pelbagai badan dan majlis yang ditubuhkan dibawah kementerian dalam negeru kerana ia langsung tidak menjejaskan kuasa asal KPN seperti yang termaktub di bawah Akta Polis 1967 iaitu berkuasa memberi arahan.

Justeru tanggungjawap polis membanteras jenayah sekalipun ianya di lakukan oleh orang kenamaan. Tiada istilah terhutang budi kerana menteri luluskan itu dan ini kerana ia tanggungjawan mana mana kerajaan yang memerintah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan warga pasukan yang menjaga keselamatan negara.

KPN juga tidak patut mengutip apa saja yang di katakan ahli politik khususnya yang memerintah seperti menteri dan perdana menteri sebagai Sahih.

Buktikan kekuasaan dan keadilan polis dengan tidak mengambil apa saja kenyataan para menteri parti pemerintah at face value, percaya bulat bulat malah siasatlah, mungkin ianya kenyataan palsu di buat untuk melindungi jenayah dan penjenayah.

Tiada apa yang hendak di banggakan jika rakyat melihat KPN menjadi alat untuk melindungi jenayah dan penjenayah.

Justeru KPN harus mula bertindak tanpa di pengaruhi parti pemerintah dan tidak perlu berasa terhutang budi.

Imej polis perlu segera di pulihkan dimata rakyat, kembalikan polis ke era di mana semua mata-mata (kini lebih dikenali sebagai konstable) amat dihormati rakyat malah rakyat memanggil mana-mana mata-mata sebagai “Datuk” sebagai tanda hormat rakyat kepada pihak polis.

Tahun 1958, polis dianugerahkan gelaran Diraja menjadikan pasukan polis dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia, justeru penghormatan tertinggi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap pasukan polis mestilah dijaga dengan betul.

Jika gelaran Datuk, Tan Sri boleh ditarik balik, tidak mustahil gelaran DiRaja boleh di tarik balik juga akibat kegagalan pegawai tertinggi pasokan menjalankan tugas dan amanah dengan betul.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .