Umum mengetahui krisis moral dan integriti pimpinan tertinggi yang mendapat liputan dalam dan luar negara setelah dikaitkan dengan ketirisan yang berlaku dalam dana awam (1MDB).
Amanah yang diberikan rakyat secara terang dibeloti kemudian menggunakan segala kuasa prerogatifnya untuk menekan segolongan individu yang cuba mendedah dan membela rakyat yang tertindas.
Sebagai seorang pendidik yang mendidik anak bangsa dengan etika dan moral di sebuah IPTS merasakan ia suatu cabaran yang sangat hebat apabila para pelajar bertanyakan perihal kepimpinan negara yang sudah terang terpesong dari landasan dimensi moral; penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.
Bagaimana penulis mampu mengatakan kepada para pelajar untuk "hormati kepimpinan kerana mereka adalah pemimpin dan menjadi pembela rakyat sedangkan ia tidak berlaku seperti yang kami harapkan?"

Bak kata Gus Mus dalam puisi ‘Kau Ini Bagaimana atau Aku Harus Bagaimana?’
Aku harus bagaimana
Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain
Rakyat ditekan dalam keterpaksaan. Yang mengatakan kebenaran, disiasat habis-habisan sedangkan yang menjadi suspek utama dibiar bebas dan terlepas. Kami keliru. Adakah ia perbuatan yang bermoral dan jujur?
Pendidik mengajar anak didiknya dengan prinsip-prinsip asas moral iaitu altruism, keadilan dan autonomi sedangkan pimpinan negara sebaliknya.

Rakyat diminta mengikat perut dan berbelanja penuh jimat sedangkan pemimpin berbelanja tanpa batas.
Malah mendapat derma pula berbilion ringgit.
Justeru, bagaimana harus kami menghormati dan mendokong sepenuh hati barisan kepimpinan ini?
Kata Gus Mus lagi,
Aku harus bagaimana
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya
• Mustofa Bisri )
Penulis juga begitu tertarik dan ingin mengingatkan mereka yang membarisi kepimpinan negara tentang sebuah tuntutan Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Nasai yang bermaksud, “ jika Allah bermaksud menjadikan seseorang pemimpin yang baik,

Dia akan menjadikan lingkungan terdekatnya terdiri dari orang-orang yang jujur.
Jika seorang pemimpin melakukan kesalahan, maka akan diingatkannya, dan jika melakukan kebaikan, maka akan dibantunya….).
Apa yang kami rakyat marhaen mahukan adalah pemimpin yang bermoral, jujur dan bersih daripada sebarang situasi yang mencurigakan seperti pecah amanah.

Untuk itu, penulis mendidik para pelajar untuk lebih peduli, sensitif dan teliti dalam pemilihan pemimpin di masa akan datang supaya kebinasaan tidak dibiar terus menggelapkan masa depan kami pemimpin yang rakus.
Kami rakyat kecil hanya mahukan negara Malaysia yang sejahtera!

No comments: