» » 'Najib Razak tidak boleh lagi pekakkan telinga terhadap gelombang suara rakyat Malaysia'


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak jangan memekakkan telinga terhadap harapan rakyat, berkata jumlah ribuan peserta perhimpunan Bersih 4 hari ini adalah petanda jelas perasaan tidak senang orang ramai terhadap beliau.

“Saya amat teruja dengan jumlah yang ramai ini. Peserta sangat berani walaupun berdepan kemungkinan ditangkap kerana berada di sini dan memakai kemeja-t (kuning).

“Mereka berada di sini dengan jumlah besar. Itu menunjukkan kita ada persetujuan. Najib perlu beredar,” kata pemimpin pembangkang itu kepada The Malaysian Insider ketika ditemui dalam protes jalanan petang ini.

Beliau ditemui ketika sedang berehat seketika di Dataran Merdeka, menanti Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan ketua pembangkang lain tiba di kawasan itu.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menyertai kira-kira 50,000 orang yang berkumpul di 5 lokasi pertemuan di ibu kota Kuala Lumpur untuk menyertai Bersih 4 yang dijadualkan berakhir tengah malam esok.

Katanya, sebagai pemimpin, Najib perlu mendengar budi bicara rakyat, dan perhimpunan Bersih 4 menjadi pesanan kuat yang dihantar rakyat kepada kerajaan.

“Ramai yang akan memekakkan telinga terhadap perhimpunan ini, tapi kami merayu gerak hati beliau.

“Secara realistik, kami tidak menjangkakan banyak tetapi ia cukup bagi rakyat Malaysia berdiri dan suara mereka didengar,” katanya.

sumber




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .