» » Najib Razak hanya perlu nafi dakwaan Muhyiddin berkaitan tentang skandal RM2.6 bilion


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau ada melihat klik video yang menyaksikan perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sejumlah duit yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas mengenai perkara itu, tetapi mengharapkan Najib menafikannya.

"Ya, saya ada tengok (klik video yang diviralkan dalam laman sosial). Najib perlu nafikan apa yang (Muhyiddin) katakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court di Auditarium, Prince Court Medical Centre di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas Jemaah Menteri baharu yang diumumkan Najib di Putrajaya pada Selasa lalu dengan menggugurkan Muhyiddin dan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, soal rombakan Kabinet dan siapa yang dilantik atau digugurkan itu hak mutlak Perdana Menteri.

"(Rombakan) itu hak Najib," katanya ringkas.

Bagaimanapun, katanya, selepas pengumuman Jemaah Menteri baharu itu, beliau melihat maklum balas orang ramai menerusi laman sosial dan blog mendapati tidak ramai berminat dengan perubahan itu.

Ditanya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mahu bercakap mengenainya.

Menjawab soalan berhubung ada bahagian tertentu di Johor masih menjemput Muhyiddin merasmikan Mesyuarat Agung UMNO walaupun tidak lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata, tanya orang Johor.

"Saya orang Kedah," katanya disambut gelak ketawa wartawan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .