Sungguh yakin perdana menteri kita melaungkan dengan nada tegasnya, tiga (3) juta ahli Umno menyokongnya dan dikatakan rakyat malaysia juga menyokong pentadbirannya (kabinet) yang baru dirombak dek kerana “anai-anai” #ehh. Rakyat Marhean yang mendengar perkara ini hanya mampu “berhuhu”apabila mendengarnya.
Mungkin perdana menteri kita ini lupa Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri dan presiden Umno yang juga merupakan ahli Umno pernah berkata:
“ Saya mengisytiharkan tak sokong Datuk Seri Najib Razak. Umno perlu gugurkan Najib ”
Mungkin menteri Kewangan kita ini lupa Tun Daim Zainuddin, bekas menteri Kewangan yang juga merupakan ahli Umno pernah berkata: “ Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong, Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah. Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno”
Mungkin pengerusi Barisan Nasional ini lupa Datuk Dr Afifuddin Omar, bekas timbalan menteri Kewangan yang juga merupakan ahli Umno pernah berkata: “ Saya ahli Umno tetapi tidak sokong Najib ”
Mungkin Yang Amat Berhormat ini lupa Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri Penerangan yang juga merupakan ahli Umno pernah berkata:
“ Siapakah yang mengatakan semua ketua bahagian Umno hanya mengangguk dan menerima apa sahaja alasan dan cerita dari pemimpin negara dalam isu yang menimbulkan keraguan dan prasangka buruk menggelorakan perasaan rakyat seluruh negara?
Sudah ada pemimpin bahagian Umno yang sedar sokongan "berbaju merah' kepada pucuk pimpinan tidak dapat lagi mewakili sokongan rakyat. Mereka tidak sahaja membacanya di laman media sosial atau portal berita tetapi mendengarnya sendiri di majlis-majlis kenduri perkahwinan, di surau dan masijid, di kedai-kedai kopi, di perbincangan terbuka dan tertutup peringkat akar umbi ”
Mungkin presiden Umno ini lupa rakyat malaysia kini ada lebih 30 juta orang kesemuanya dan tidak mungkin majoriti daripada 30 juta itu menyokongnya
Mungkin Najib lupa, di ruangan komen halaman Facebook beliau dipenuhi dengan hastag yang ditulis kebanyakkan rakyat marhean:
#najibletakjawatan #najibletakjawatanPM #sayasokongnajibletakjawatan dll
Dan mungkin juga Najib lupa 51% pengundi berdaftar di Malaysia tidak menyokong parti beliau (Parti BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Andai beliau lupa akan perkara-perkara di atas, tidak mengapalah, mungkin beliau terlalu banyak tugas yang perlu dilakukan sebagai perdana menteri, sebagai menteri Kewangan, sebagai pengerusi BN, sebagai presiden Umno, sebagai ahli Parlimen, sebagai seorang ayah, sebagai seorang suami dan lain lain.
Mungkin juga tugas terkini beliau sangat sukar untuk dilaksanakan seperti mengugurkan sesiapa sahaja yang tidak bersependapat dengannya #ehh.
No comments: