Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mahu barisan baharu Kabinet menyelesaikan segera semua kemelut yang berlaku dalam negara ini.
Beliau berkata ini bagi mengelakkan rakyat menanggung beban kerana bimbang banyak masalah berkaitan kemajuan rakyat tidak dapat diselesaikan khususnya kenaikan harga barang dan peluang pekerjaan.
"Rombakan Kabinet baru-baru ini (28 Julai lepas) adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana team baharu yang dilantik itu mengikut kesesuaian di bawah pentadbirannya (Najib)," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Majlis Belia Kelantan (MBK) di Bukit Chekati semalam, beliau turut mengharapkan barisan baharu Kabinet itu mendapat sokongan rakyat khususnya dari segi pembelaan kepada kehidupan mereka.
Rombakan Kabinet itu menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di samping tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baharu.
sumber



No comments: