» » Desak Najib Razak kembalikan pasukan petugas khas asal siasat skandal 1MDB



Datuk Seri Najib Razak perlu tunjuk keseriusan dalam menyiasat wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya dengan mengembalikan pasukan khas penyiasat yang asal, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Negarawan bersara itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat syarikat itu kini "dilumpuhkan" selepas langkah memecahkan pasukan petugas khas terdahulu, menyingkir bekas peguam negara dan menyebabkan ketua SPRM bercuti.

“Ia melumpuhkan SPRM. Jika Najib serius untuk siasat RM2.6 bilion dalam Ambank, dia patut menyusun semula pasukan petugas khas yang asal.

“Pasukan petugas khas baru dipenuhi dengan orang dia yang tidak ada kredibiliti,” kata Dr Mahathir dalam tulisan di blog popularnya chedet.cc, hari ini.

Pejabat Peguam Negara semalam mengumumkan pasukan petugas khas yang terdahulu menyiasat 1MDB serta pindahan wang RM2.6 bilion ke akaun Najib diberikan nama baru dan akan memfokuskan kepada siasatan jenayah berkaitan wang, seperti lari daripada cukai dan duti kastam, penyeludupan, pengeluaran keluar wang secara haram dan rasuah.

Pasukan yang dijenamakan semula tu kini dipanggil Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan ia nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak 2011 untuk membantu kerajaan menangani beberapa isu.

Penjenamaan semula itu dilaksanakan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menjawat jawatan itu bulan lalu menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .