Media hari ini digemparkan dengan berita wujudnya gerakan yang dipimpin tokoh tertentu dari kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan yang seterusnya menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Untuk memahami maksud penyingkiran ini, adalah penting untuk kita melihat bagaimanakah cara untuk singkirkan Najib secara demokratik.
Perkara pertama yang harus kita ketahui mengenai singkirkan Najib secara demokratik ini adalah jawatan perdana menteri bukanlah hak mutlak bagi mereka yang memimpin parti politik yang memenangi kerusi majoriti di dewan rakyat.
Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan apa yang penting bagi seseorang wakil rakyat menjawat jawatan perdana menteri adalah sokongan ahli Parlimen dan bukan parti politik.
Perkara 43. Jemaah menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan jemaah menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
Penting di sini untuk dibezakan identiti dan kapasiti tersebut. Perkara ini dapat dilihat semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad di mana Dr Mahathir menjawat jawatan perdana menteri tanpa mempunyai sebarang parti apabila Umno diisytiharkan sebagai pertubuhan yang tidak sah di sisi undang-undang mahkamah dalam 1988 sehingga penubuhan Umno Baru.
Undi Tidak Percaya (Vote of NO Confidence)
Undi tidak percaya dalam konteks ini adalah undi di mana ahli-ahli kumpulan (ahli Parlimen) diminta untuk menunjukkan, mereka tidak menyokong kepimpinan Najib sebagai perdana menteri Malaysia.
Menoleh sejarah politik tanah air amat diketahui umum, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku di dalam Parlimen, walaupun berlaku di negeri Sarawak di akhir tahun 60-an dalam kes Stephen Kalong Ningkan.

Pun begitu, dalam kes Sarawak, usul seumpama itu tidak dibuat di Dewan Undangan Negeri, maka mahkamah menyatakan usul tidak percaya tersebut tidak sah.
Mahkamah dalam kes tersebut menyatakan, untuk menjadikan sesuatu undi tidak percaya sah, ia hendaklah dilakukan secara formal iaitu di Dewan Undangan Negeri.
Pernah berlaku?
Undi Tidak Percaya pernah berlaku di United Kingdom banyak kali:
• Lord North (1782) – Ini dianggap sebagai gerakan pertama undi tidak percaya dalam sejarah
• John Russell, 1st Earl Russell (1866)
• Benjamin Disraeli (1868)
• William Ewart Gladstone (1885)
• Robert Gascoyne-Cecil, 3rd Marquess of Salisbury (1886)
• William Ewart Gladstone (1886)
• Robert Gascoyne-Cecil, 3rd Marquess of Salisbury (1892)
• Archibald Primrose, 5th Earl of Rosebery (1895)
• Stanley Baldwin (January 1924)
• Ramsay MacDonald (October 1924)
• James Callaghan (1979)
Undi tidak percaya juga pernah berlaku di banyak negara lain seperti Jepun, Kosovo, Libya, Lithuania, Malta, Moldova, Mongolia, Nepal dan banyak lagi negara.
Apa yang perlu dilakukan perdana menteri sekiranya undi tidak percaya ini berlaku?
Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(4), perdana menteri hendaklah meletak jawatan, dan seorang perdana menteri baru akan dilantik Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu menjalankan satu pilihan raya umum yang baru.
Mengikut Perkara 43 - Jemaah Menteri - fasal 4 -
(4) Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan Yang di-Pertuan Agong.
Perletakan jawatan perdana menteri dalam keadaan ini merupakan juga peletakan jawatan kesemua Jemaah Menteri yang dilantik semasa pemerintahan perdana menteri tersebut, seperti yang diputuskan dalam kes Datuk Amir Kahar di Sabah.
Mengapa sukar melaksanakan undi tidak percaya?
Ini adalah sangat sukar kerana hampir semua ahli Umno seolah-olah terhutang budi kepadanya Najib seperti yang dikatakan Dr Mahathir sementara pembangkang tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk meluluskan usul undi tidak percaya ini.
Cara lain?
Sekiranya cara ini tidak berjaya, maka Pilihan Raya Umum adalah jawapan yang seterusnya dengan memastikan pangkah anda bukan lagi untuk Dacing Berwarna Putih dan Keris Berwarna Merah.

No comments: