» » BERSIH 4 mula menggelegak


Menjelang perhimpunan BERSIH 4 pada dam 2 petang nanti, kehangatannya mula terasa di sekitar ibu kota.

Peserta BERSIH kelihatan mula memasuki Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi, termasuk menggunakan kenderaan awam.

Malah, ramai juga kelihatan tidak mengendahkan pengharaman pemakaian baju BERSIH 4 dengan dengan menyarungnya.

Perhimpunan hari ini untuk menuntut sebuah pilihan raya BERSIH, kerajaan BERSIH, penyelamatan ekonomi negara serta hak membantah.

Ia berlangsung ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilanda kontroversi sekitar isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Selain itu, keadaan ekonomi negara pula menyaksikan penyusutan teruk nilai ringgit bawah paras RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat.

Manakala rizab negara pula kini berada bawah RM100 bilion.

Perhimpunan hari ini dijadual berlangsung selama 34 jam sehinggalah detik 12 tengah malam ulang tahun kemerdekaan ke-58 pada 31 Ogos.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .