» » Azmin optimis peralihan kerajaan Malaysia bakal berlaku sebelum hujung 2015 ini


Mohamed Azmin Ali percaya pertukaran kerajaan melalui jalan demokrasi dapat direalisasikan sebelum hujung tahun ini dengan mendapat sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Menteri besar Selangor itu berkata, sehubungan itu, ahli Parlimen BN perlu mempunyai keberanian melakukan perubahan selepas ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak memuaskan.

"Pada ketika ini Pakatan Rakyat (PR) ada 88 ahli Parlimen, kita hanya memerlukan kira-kira 30, Insya Allah sebelum hujung tahun ini, kita akan melihat satu perubahan dan ini dibenarkan dalam sistem demokrasi.

"Di bawah kepimpinan sekarang, negara berada dalam kapal yang lemah. Kita tengok nilai ringgit kita sekarang. Kita tengok tahap keyakinan, ini akan menghancurkan negara.
"Sebab itu saya mengajak ahli Parlimen Umno dan BN untuk bersama-sama PR membawa perubahan," katanya ketika ditemui media di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Mengulas mengenai Bersih 4 esok, Azmin berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai himpunan itu sebagai satu usaha dan tanggungjawab menyelamatkan negara.

Katanya, himpunan yang dijadualkan berlangsung selama 34 jam itu akan berjalan dengan aman dan menyaksikan kehadiran peserta yang lebih besar berbanding sebelumnya.

"Saya mengajak rakyat untuk melihat ini sebagai satu hak mereka, bukan sahaja di kalangan penyokong PR (Pakatan Rakyat) atau pun mendukung perjuangan yang dibawa Bersih.

"Tetapi sekarang dengan isu ekonomi, nilai ringgit yang semakin menyusut, keyakinan pelabur asing sudah terhakis.

"Jadi, rakyat bertanggungjawab untuk bangkit supaya perhimpunan Bersih menjadi satu perhimpunan untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi.

"Kita mahu negara dipimpin mereka yang amanah dan bertanggungjawab," katanya sambil menambah, hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .