» » Ahli UMNO lapor polis Singapura kes akaun wang RM2.6 bilion Najib Razak



Seorang ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di ibu pejabat polis Singapura berhubung kes akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Laporan polis itu, katanya, turut berkaitan dakwaan "penipuan" Presiden 1MDB Arul Kanda berhubung akaun bank anak syarikat firma pelaburan itu, Brazen Sky Limited, di BSI Singapura.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Khairuddin berkata laporan polis itu dibuat secara rasminya pada jam 10:30 pagi di Jabatan Hal Ehwal Komersial, republik itu.

Sebelum ini, bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan itu menyerahkan 'bukti' kepada peguam negara Switzerland berkaitan firma pelaburan 1MDB.

Minggu lalu, Khairuddin membuat laporan polis di Perancis dan United Kingdom di mana bekas rakan kerjasama 1MDB iaitu PetroSaudi International yang berpengkalan di situ.

Khairuddin berkata laporan polis di Singapura itu relevan kerana mendakwa wang sebanyak RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib berasal daripada Singapura.

"Memandangkan kes akaun peribadi Najib Tun Razak telah melibatkan 'Falcon Private Bank' yakni 'Swiss Private Banking' cawangan Singapura.

"Maka secara langsung ia mempunyai satu asas yang kukuh agar laporan polis dibuat di Singapura agar pihak 'Legal Enforcement Authority' di sini dapat menyiasat kes ini secara profesional dan telus bawah pengubahan wang haram," kata Khairuddin.

Dalam Facebooknya juga, beliau berkata pihak penyiasat jabatan itu memberi jaminan untuk menyiasat kes itu secara komprehensif berteraskan segala bahan bukti beliau berikan.

Khairuddin turut meluahkan rasa amat sedih dan kesal dengan sikap penguatkuasa undang-undang Malaysia yang didakwanya tidak ikhlas untuk menyiasat kes skandal 1MDB ataupun kes yang menjadi polemik di negara kita secara adil, telus, saksama dan profesional.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .