» » Ada khabar angin mengatakan Dr Mahathir akan muncul di Pasar Seni dalam BERSIH 4


Selepas kemunculannya berjaya mengejutkan banyak pihak, nama Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi 'dijual' bagi menghangatkan lagi pehimpunan Bersih 4.0 yang masuk hari kedua pada Ahad.

Sejak awal pagi Ahad, terdapat maklumat yang disebarkan di kalangan wakil media dan orang ramai bahawa bekas perdana menteri itu akan hadir di Pasar Seni di sini kira-kira pukul 5 petang.

Turut dikatakan akan bersama Dr Mahathir ialah bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Pasar Seni yang terletak kira-kira 2.2 kilometer dari Dataran Merdeka merupakan salah satu lokasi berkumpul peserta Bersih 4.0.

Cubaan mStar Online untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai peribadi Dr Mahathir mengenai maklumat berkenaan bagaimanapun tidak berjaya.

Kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu, Dr Mahathir membuat 'kemunculan istimewa' di perkarangan Dataran Merdeka bagi meninjau situasi perhimpunan gergasi serba kuning tersebut.

Beliau yang hadir ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sempat meluangkan masa kira-kira 10 minit bersalaman dan melayan permintaan untuk mengambil gambar.

Pimpinan pakatan pembangkang menyifatkan kehadiran Dr Mahathir berjaya memberi impak positif kepada perhimpunan aman Bersih 4.0.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .