Macam satu kemestian pula, bila artis berhijrah dengan berhijab, ada sahaja idea memasarkan tudung dengan jenama mereka. Adakah ikut trend atau mengambil kesempatan?
Pelakon remaja Uqasha Senrose juga dalam persiapan untuk mengeluarkan tudung dengan jenama Uqasha Senrose. Ikut trend juga ke?
“Bukan ikut trend… saya rasa tak salah sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes yang dah sedia ada. Kalau ada orang jual kuih, dan kita juga mula jual kuih, takkan nak dikatakan kita tiru orang itu.
“Rezeki masing-masing… kalau kuih kita sedap orang akan beli. Dalam hal tudung juga saya ambil konsep yang sama. Saya tak mahu bermusim, sebab itu saya akan mula keluarkan selepas hari raya ini.
“Kalau kita buat menjelang hari raya nanti orang anggap ia bisnes bermusim. Saya mahu buat bisnes yang panjang dan berterusan bila-bila masa tak terikat untuk sambutan raya sahaja,” kata Uqasha.
Sementara itu Uqasha juga meredah diri meletakkan dirinya berada di kedudukan terbawah berbanding adik-adiknya dalam bidang seni.
“Saya bangga bila adik-adik saya berjaya. Nelydia (Nelydia Senrose) lebih dahulu berlakon dan bila drama lakonannya sering mendapat sambutan, saya bangga dengannya. Raysha (Raysha Rizrose) pula ada title Dewi Remaja dan saya bangga dengan mereka,” kata Uqasha.
Dia tidak pernah mencemburui mereka kerana tiada sebab untuk dia mencemburui kejayaan adik beradiknya.
No comments: