» » SPRM sahkan sedang siasat bekas anak syarikat 1MDB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Timbalan ketua pesuruhjaya (pperasi) Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata dalam satu kenyataan ringkas hari ini, SPRM menyemak isu itu dan mendapati elemen yang dibangkitkan adalah dalam bidang kuasa SPRM.

Kenyataan itu dibuat susulan SRC International terlibat dalam satu laporan Wall Street Journal (WSJ) berhubung wang yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Akaun syarikat itu didakwa digunakan untuk menyalurkan RM42 juta ke dalam akaun Najib pada hujung 2014 dan awal 2015.

"Susulan semakan yang dijalankan, isu ini menepati dan mempunyai asas untuk SPRM memulakan siasatan di bawah Akta SPRM 2009, dan justeru, satu siasatan sudah pun dimulakan.

"Selaras dengan peruntukan undang-undang, SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas dan profesional secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan itu.

SRC ialah bekas anak syarikat 1MDB, sebelum ia tidak lagi menyimpan rekod kewangan rasmi dan diserap ke dalam Kementerian Kewangan pada 2012.

Syarikat itu pernah mengundang kontroversi sebelum ini apabila ia mengambil pinjaman RM4 bilion dari KWAP pada 2011, sebelum diserap bawah kementerian tersebut.

Wang itu hingga kini tidak dapat dikesan, dengan hanya butiran yang sangat terhad mengenai pelaburan yang dibuatnya di lombong arang batu di Mongolia dan pelaburan lain yang tidak dinyatakan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .