» » Rombakan kabinet ialah satu langkah untuk tutup skandal 1MDB yang semakin terbongkar


Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merombak Kabinet kerajaan persekutuan dengan alasan pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran jelas menunjukkan beliau tidak langsung mementingkan kepentingan awam dalam keputusan yang diambil.

Pengguguran bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan pendirian beliau untuk mempersoalkan isu 1MDB secara terbuka memberi gambaran yang jelas Najib mempunyai sesuatu yang terselindung.

Ahli Umno yang sebelum ini hanya mampu mengundang kontroversi seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman, pula ada yang dinaik taraf dan kebanyakannya dikekalkan sebagai menteri Kabinet.

Tidak salah rasanya jika dikatakan barisan ahli Kabinet ini merupakan antara yang paling hambar dalam sejarah Malaysia.

Dalam pada itu, beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga dinaikkan taraf menjadi ahli Kabinet, walaupun PAC sedang dalam satu fasa kritikal dalam siasatan mereka ke atas 1MDB.

Keputusan untuk menaik taraf ahli PAC dan menarik keluar ahli-ahlinya termasuklah Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed, boleh dilihat sebagai satu perancangan untuk menumpulkan usaha penyiasatan jawatankuasa tersebut. Sekiranya bekas ahli PAC ini berwibawa, mereka sudah menolak pelantikan tersebut.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga ditamatkan kontrak sebelum waktunya. Kenyataan beliau tidak mengetahui mengenai keputusan tersebut bercanggah sama sekali dengan kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, beliau "direhatkan" atas faktor kesihatan.

Apakah ia berkait rapat juga dengan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat 1MDB dan melakukan beberapa tangkapan berkenaan kes tersebut?

Beliau pula digantikan Apandi Ali yang merupakan bekas bendahari Umno Kelantan.

Rombakan Kabinet, penamatan kontrak peguam negara, penggantungan akhbar media The Edge, sekatan ke atas Sarawak Report, semua langkah ini bagai hendak menutup skandal 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .