» » Polis rampas dokumen dan komputer dalam serbuan 8 jam di pejabat 1MDB


Lebih sedozen anggota polis ditugaskan oleh pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit yang dipindahkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menghabiskan masa hampir sehari suntuk hari ini menyerbu pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur.

Mereka berada di pejabat 1MDB di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, selama kira-kira 8 jam dan meninggalkan bangunan itu pada jam 6.30 petang tadi dengan kotak yang dipercayai mengandungi unit pemprosesan pusat komputer (CPU) selain bekas plastik berisi dokumen.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy enggan mengesahkan barang yang dirampas apabila ditemui ketika keluar dari bangunan itu pada jam 6.50 petang.

“Polis tiba jam 9.40 pagi dan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya dan menambah 1MDB memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, 1MBD kini disiasat secara rasmi.

“Tidak ada apa yang hendak ditambah,” katanya.

Seorang pegawai polis ketika ditemui media berkata buat masa ini siasatan mereka di pejabat 1MDB selesai dan tidak pasti sama ada akan ditugaskan untuk kembali ke situ untuk siasatan lanjut atau tidak.

Wakil media berkampung di luar bangunan pejabat itu seawal tengah hari tadi tetapi dilarang memasuki bangunan berkenaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .